Thursday 7 February 2013

Tolong

Tolong jangan
Bentang jalan.
Untuk aku pandang belakang.

Belakang-
Segala macam bejat,
Bangsat sosial,
Ranap,kejam sama
Diri sendiri.

Jalan tu yang aku nampak,
Dibelakang hari,
Apa jadi, bukan urusan siapa lagi.
Tapi, jangan lupa berterima kasih nanti.

Aku bantu kau dengan padu.

Apa yang kau tebuk,
Aku pasti terus rabak.
Apa yang kau carik,
Aku pasti biar bersepai.

Tuesday 29 January 2013

Rutin vs Pusing

Kau hadap
Kau layan
Kau buat
Walau kau tak gemar
Walau kau bosan
(kerana masih tahan, masih mahu tahan)

Dek kebosanan
Dek kepayauan
Kau mula
PUSING!
(suka kau lah berapa darjah kau maw!)

Adat dunia lah
Hukum alam
(sengih telan air mata payau)
Benda cabuk, dilempar buang lah

Bila kau sudah pening,
Bila kau sudah tidak betah,
Kau pun berhenti berPUSING

Kau balik pada RUTIN.
Mudah,hanya balik.
(wahai rutinku, kita mula seperti biasa ya!)

Sungguh sial rasanya- RUTIN

Sunday 20 January 2013

Punah

Kau ambil separuh
Aku berikan penuh
Dengan izin
Dengan rela

Akhirnya rabak,hapak.

Dan dengan baki
Seperdua lagi
Kita jaga
Kita tatang

Hasilnya tumbuh subur
Hampir mekar, hampir
(sinis)

Kemudian datang
Calit-calit najis,
Busuk lah jadinya!

Dituding tegak jari telunjuk
ke hidung,
Meluru mahu menyalah.
Aduh...

Mana tinggalnya separuh?
Mana perginya kita?
Tawar, pudar
Kita mati hati,
hati mati.

Kerana kita tidak bertaut,
Tiada yang dapat berpaut.
Rasanya persis maut.
Sungguh celaka!

Thursday 17 January 2013

Crying

I miss
US!

And today
I just realized
That why im crying?

Just because
I feel sorry for myself.
Sorry for myself.

Wednesday 16 January 2013

Bajingan!

Kisahnya bukan tidak lazim,
bukan tidak sanggup hadap,
tp pokoknya kalau yang lazim itu sakitnya umpama menyiat-nyiat kulit, pasti tiada makhluk yang sanggup.

Percaya lah.

Tuesday 8 January 2013

Kecil

Masa kecil
Sentiasa mahunya besar
Mahu dewasa

Difikirnya
Mudah
Bebas
Indah!

Hari ini
Ergh!
Payah.
Alangkah baiknya
Jika boleh dtuntun
Dipandu semula
Ke masa dulu.

Kerana dasarnya
Mahu dibelai,
Dijaga baik,
Persis anak kecil.

Sunday 6 January 2013

2013

What other people think about you,
It is not your bussiness.

Biar selalu baik,
Jangan sekali jahat,
Even rasa bodoh.